Akaun muslimcare2022.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Tajaan Iftar & Sahur Syria
Infak Ramadan Anda 
Menerangi Gelapnya Sisi Kehidupan Mereka

Bagi para pelarian Syria, Ramadan kini tidak seindah Ramadan 11 tahun yang lepas. Dahulunya 30 hari dalam bulan Ramadan adalah hari yang paling meriah dan menggembirakan mereka. Tapi kini, segalanya berubah. 



Para pelarian Syria mengalami kesukaran mencari makanan sejak awal mereka tiba di kem itu. Sehari hanya memakan separuh dari sekeping roti itu biasa. Ibu-ibu pula terpaksa mendengar rengetan anak-anak menangis kelaparan. Sampaikan para ibu terpaksa masak daun-daun dan rumput-rumput untuk menghilangkan lapar anak-anak mereka.



Ramadan kali ini, Muslim Care sekali lagi akan menganjurkan kempen Iftar & Sahur Ramadan Syria. Kempen ini membuka ruang dan peluang kepada kita semua untuk menaja set iftar dan sahur bagi pelarian Syria yang berada di Kem Pelarian Syria. Rata-rata para pelarian hanya berbuka dengan sekeping roti yang terpaksa dicarik dan dibahagi-bahagikan dengan anggota keluarga yang lain. 



Di Utara Syria, Muslim Care memiliki sebuah dapur yang diselenggara sepenuhnya oleh pihak kami. Setiap hari Dapur Muslim Care dapat menyediakan lebih 2000 set hidangan panas untuk berbuka puasa. Alhamdulillah.





Apa kata Ramadan kali ini kita hadiahkan mereka set hidangan panas, lazat dan mengenyangkan. Pasti wajah mereka tersenyum gembira sambil tangan mereka mendoakan kebaikan buat para penderma.

Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa".
(HR Ahmad)


“Berinfaklah, maka doa dari mereka akan selalu membawa kebaikan kepadamu.”


Bantuan?